Kes baharu COVID-19 di Sabah kembali meningkat

KOTA KINABALU: Kes positif COVID-19 di Sabah terus meningkat dengan jumlah 245 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan kumulatif kes COVID-19 sebanyak 59,909 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Papar merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 79 kes diikuti Kalabakan 43 kes, Kota Kinabalu dan Tawau masing-masing 37 kes, Kunak 14 kes, dan Penampang sembilan kes.

Katanya, Lahad Datu dan Putatan masing-masing merekodkan sebanyak tujuh kes, diikuti Sandakan empat kes, Kinabatangan tiga kes, dan Semporna dua kes.

Menurutnya, tiga daerah merekodkan satu kes iaitu Kota Belud, Tuaran, dan Kuala Penyu. Sebanyak 13 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.

Beliau berkata, sebanyak empat kluster baharu dilaporkan di Sabah membabitkan Kluster Jalan Tun Fuad di Kota Kinabalu, Kluster Jalan Pengalat Lokawi, Kluster Lorong Karamunsing, dan Kluster Jalan Kretam Silimpopon. – UTUSAN BORNEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *