Sabah Melaporkan Sebanyak 2329 Kes Jangkitan Covid-19 Hari Ini

KOTA KINABALU : Malaysia mencatatkan kes jangkitan harian Covid-19 sebanyak 20,988 kes hari ini dan menjadikan kumulatif kes 1,786,004 kes setakat 2 September 2021. Manakala bagi kes sembuh pula, sebanyak 23,473 kes telah dilaporkan hari ini.

Sabah jatuh kepada negeri ketiga tertinggi setelah Selangor dan Sarawak dengan melaporkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 2,329 kes. Sebanyak 33 kes kematian turut dilaporkan di negeri itu di mana 10 daripadanya merupakan kes kematian bukan warganegara dan 23 lagi adalah berstatus warganegara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *