Kerajaan negeri ambil inisiatif wujudkan SAIP sebagai galakan untuk usahawan Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah menerusi Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) telah melaksanakan pelbagai inisiatif galakan keusahawanan termasuk mewujudkan serta membangunkan Presint Industri AgroSabah (SAIP).
Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam menyambut baik usaha yang dijalankan oleh SEDIA.
“Matlamat SEDIA adalah membangunkan usahawan agrotani melalui penyediaan kemudahan seperti inkubator, lot pemprosesan hasil pertanian, serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
“Saya menyambut baik usaha ini dan para usahawan tempatan perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin,” katanya.
Program Agro-SAIP ini terletak di Kimanis dengan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pembangunan usahawan.
Projek terbabit adalah berlandaskan agro-industri di mana kumpulan sasarannya adalah usahawan tempatan di sektor pertanian dan industri asas tani.
Tamat