46,046 rakyat Sabah telah terima bantuan tunai one-off RM300 – Hajiji

PAPAR: Kerajaan negeri Sabah sudah membuat pembayaran sejumlah RM13,813,800 kepada 46,046 penerima Bantuan Tunai One-off RM300, setakat 7 Februari lepas.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Sabah Prihatin COVID-19 2.0 kepada penduduk Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

โ€œBantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM97,000,200 dengan 323,334 penerima di negeri ini. Pembayaran sudah bermula sejak 29 Januari lepas.

โ€œKerajaan negeri Sabah memberi bantuan 2.0 ini atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan kepada rakyat yang terjejas berikutan pelaksanaan PKP 2.0 akibat penularan pandemik COVID-19,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas program penyampaian Bantuan Tunai ‘One-Off’ dan Bakul Makanan COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah kepada peneroka kecil ladang getah bertempat di Semaian Kabang, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Kampung Kabang, di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.

Dalam para itu, Hajiji turut berkata kerajaan negeri sedia maklum bahawa pelaksanaan PKP 2.0, menyebabkan ramai rakyat yang terjejas termasuk tidak dapat meneruskan perniagaan kecil-kecilan selain hilang pekerjaan.

โ€œJusteru, bagi yang tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Sabah Prihatin 1.0 tetapi turut terjejas akibat pandemik ini, mereka boleh mengemukakan rayuan (untuk menerima bantuan),โ€ katanya.

Bagi yang tidak tersenarai menerima bantuan tunai one-off, rayuan boleh dikemukakan melalui Pejabat Daerah masing-masing atau menerusi kementerian atau agensi yang menguruskan bantuan berkenaan.

Bagi pemberian bakul makanan, beliau berkata sebanyak 7,547 bakul makanan sudah diagihkan setakat 7 Februari 2021.

Katanya, pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan negeri ini adalah antara inisiatif dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu berkaitan kesejahteraan rakyat.

โ€œIni bagi memastikan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa, tetapi terjejas akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP dibantu oleh kerajaan,โ€ katanya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *