Kerajaan negeri Sabah salur bantuan kepada masyarakat Tiong Hua – Joachim Gunsalam
RANAU: Kerajaan negeri Sabah akan terus menyalurkan bantuan kepada semua golongan masyarakat termasuk masyarakat Tiong Hua.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata kerajaan sedia ada, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor akan terus memberikan sokongan dan bantuan kepada masyarakat Tiong Hua di negeri ini.
Sempena Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini, kerajaan negeri menyumbangkan set kostum tarian singa kepada lima pertubuhan masyarakat Tiong Hua di Ranau iaitu Kinabalu Dragon and Lion Dance Association, SMK Ranau Lion Dance, Kelab Muda Pekan Ranau Pengerusi Flexi Jawal, Pertubuhan Tarian Singa dan Naga Chon Chu Kung Ranau dan Persatuan Peranakan Tiong Hua Ranau.
Majlis penyerahan bantuan set kostum tarian singa kepada lima pertubuhan Tiong Hua di Ranau ini disempurnakan oleh Datuk Dr Joachim.
Majlis penyerahan bantuan yang diadakan di Tokong Cina pekan Ranau itu dihadiri oleh wakil pemimpin parti dalam Kerajaan GRS serta Pegawai Khas kepada Ketua Menteri, Arthur Sen.
Dalam pada itu, Dr. Joachim yang juga merupakan Menteri Pembangunan Perindustrian menjelaskan bantuan seumpama ini diberikan tanpa menyisihkan mana-mana pihak dan kerajaan adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira apa juga fahaman politik dan pegangan agama di negeri ini.
โKerajaan sekarang ini bukan untuk mencari populariti tetapi akan terus bekerja membangunkan negeri Sabah.
โKerajaan terbuka untuk mendengar keluhan setiap lapisan masyarakat dan boleh menghubungi pemimpin- pemimpin masyarakat bagi menyuarakan permasalahan tersebutโ, katanya.
Tamat