Polis Marin gagalkan penyeludupan minyak

SEMPORNA: Polis Marin Semporna telah menjalankan satu Operasi di kawasan Pondohan, Laut Kuala Bibang. Ketika sampai dilokasi telah ternampak dua lelaki sedang memunggah barang dari sebuah rumah Pondohan ke dalam dua buah botlaju.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Semporna , DSP Mohammad bin Ismail berkata menyedari kehadiran polis dua lelaki tersebut bertindak melarikan diri.

Pemeriksaan lanjut di rumah pondohon tersebut dan menjumpai beberapa liter jerikan berisi minyak petrol.

Seterusnya pemeriksaan terhadap dua botlaju juga menjumpai beberapa liter jeriken berisi minyak Petrol.

Petrol ini disyaki cuba diseludup keluar ke Negara Filipina.Jumlah Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM113,552.50.

Rampasan di bawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Justeru itu, Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *