300 bakul makanan untuk DUN Sulaman

TUARAN: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hadir ke Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) di Pusat Kebudayaan Bajau Sama Sabah, Tuaran.

Dalam program tersebut, YAB Ketua Menteri menyempurnakan gimik penyampaian 300 bakul makanan kepada golongan yang terkesan akibat Pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP dalam kawasan DUN Sulaman.

Turut hadir ialah YB Datuk Hj Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, YB Jasnih Daya, Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan Datuk Seri Panglima Hj Hashim Paijan, Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA.

Leave a Reply

Your email address will not be published.