Tokan dadah dicekup di Tawau

TAWAU: Serbuan pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah ke atas sebuah kenderaan di tempat letak kereta lot kedai kawasan Kubota, jalan Chong Thein Vun, Tawau membuahkan hasil apabila berjaya menahan seorang wanita dan seorang lelaki didalam kenderaan tersebut disyaki tokan dadah.

Pemeriksaan teliti mendapati 04 bungkusan plastik mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu didalam kenderaan dengan berat kasar sebanyak 2.82 kilogram iaitu anggaran harga pasaran Rm101, 556.00.

Dalam sidang media sebentar tadi, ACP Peter Ak Umbuas, Ketua Polis Daerah Tawau mengatakan pihak PDRM telah lama memerhati gerak geri tokan-tokan dadah dari tangkapan yang sebelum ini untuk mengetahui modus operandi mereka dan kaedah ini berjaya dimana kebanyakannya tertangkap dan sedang dijatuhkan hukuman.

Taktik dan teknik yang digunakan oleh mereka juga sentiasa berubah-ubah namun begitu, pihak PDRM sentiasa membuat risikan bagi menyekat dan mengekang operasi tokan dadah. Kedua-dua suspek ditahan dan kes disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *