Sabah catat 651 kes baharu COVID-19 hari ini

KOTA KINABALU: Sabah kekal mencatatkan kes baharu COVID-19 tinggi dengan mencatat sebanyak 651 kes direkodkan hari ini.

Sejumlah 372 kes baharu disumbangkan daripada kluster sedia ada iaitu Kluster Penjara Kepayan dan Tawau (172 kes) serta kluster yang lain. kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu sidang media

“Kota Kinabalu merekodkan 244 kes, Keningau 90 kes, Tawau  60 kes, Kalabakan 40 kes, Sandakan 39 kes dan Beaufort 37 kes,

“Sementara Sipitang 28 kes, Papar dan Kinabatangan masing-masing 24 kes, Penampang 17 kes dan Ranau 14 kes,

“Daerah seperti Tuaran merekodkan lapan kes, Semporna tujuh kes, Kunak Lima kes, Putatan empat kes serta Kudat dan Kota Marudu masing-masing tiga kes,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *