Tikam isteri tak dapat wang beli dadah
LAHAD DATU: Seorang lelaki sanggup menikam isterinya menggunakan gunting selepas tidak diberikan wang untuk membeli bekalan dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa merupakan wanita warga Filipina berusia 21 tahun mengalami kecederaan di lengan kanan sehingga terpaksa menerima tiga jahitan di Klinik Kesihatan Desa Kencana, di sini.
โSuspek berusia 25 tahun dipercayai bertindak menikam isterinya menggunakan gunting setelah permintaannya untuk mendapatkan wang bagi tujuan membeli dadah tidak dipenuhi,โ katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Katanya lagi, hasil siasatan mendapati, pasangan suami isteri itu telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan tiga tahun.
โSuspek kemudian datang menyerah diri di Balai Polis Desa Kencana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
โKes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman itu,โ katanya.
โSinar Harian