Dakwaan membunuh pembantu rumah, suami isteri ditahan

Foto : Kosmo

KOTA KINABALU : Sepasang suami isteri, Mohammad Ambree Yunos, 40, dan dan isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen, 33, berdepan dakwaan membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di rumah mereka yang terletak di sebuah kondominium Jalan Lintas Lido.

Tertuduh dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori sekiranya sabit kesalahan.

Mohammad Ambree yang merupakan seorang kontraktor diwakili peguam Ram Singh dan Kimberly Yee manakala Etiqah merupakan seorang jurutera juga bekas finalis program MasterChef Malaysia 2012 pula diwakili peguam Datuk Seri Rakbir Singh.

Pertuduhan telah dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun dan pendakwaan kes pula dijalankan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Irwan Suainbon dan Timbalan Pendakwaraya, Ali Imran.

Kedua – dua tertuduh tidak memberikan apa – apa pengakuan namun tetap diperintahkan untuk menjalani tahanan reman lanjut sehingga kes mereka selesai.

Berdasarkan laporan sebelum ini, pasangan berkenaan ditahan pada 14 Disember lalu, iaitu sehari selepas mereka membuat laporan polis mendakwa menemui pembantu rumah mereka di atas lantai di kondominium mereka selepas balik daripada bercuti di Kundasang, Ranau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *