Seorang suspek ditahan membuat senjata api sendiri di rumah
BEAUFORT : Seorang suspek lelaki yang dikhabarkan mahir dalam membuat senjata api dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort untuk tahanan kerana menghasilkan senjata api memberhaya buatan sendiri dirumahnya.
Suspek yang berusia 57 tahun itu tinggal di sini, di Kampung Pansong, dan telah ditahan bersama selaras bakakuk dan beberapa lagi peralatan serta kelengkapan membuat senjata api buatan sendiri di rumahnya pada 2.30 petang.
Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, rampasan itu dibuat selepas suspek mengaku ada menyimpan senjata api dan peralatan membuat senjata api.
“Polis akan memohon reman terhadap suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjatapi 1960,” jelasnya.