Sabah Mencatatkan 2,583 Kes Hari Ini

KOTA KINABALU : Malaysia merekodkan peningkatan kes hari ini dimana 22,948 kes dilaporkan menjadikan kumulatif kes jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 1,489,460 kes. 21,720 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh 1,220,446 kes sembuh setakat 19 Ogos.

Sabah merekodkan 2,583 kes hari ini dan Sabah masih kekal menjadi negeri kedua tertinggi menyumbang kepada kes Covid-19. 123 kes yang dilaporkan adalah daripada kluster-kluster di Sabah, 1,503 kes merupakan kontak rapat dan 957 berpunca daripada lain-lain kes. Tiada kes import dilaporkan hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *