Padah miliki dadah, empat lelaki ditahan Polis

TAWAU: Tiga lelaki tempatan dan seorang warga asing ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah Tawau bersama pelbagai agensi penguatkuasaan di sebuah premis di Tawau.Dalam operasi tersebut, polis juga berjaya merampas 481.99 gram dadah disyaki jenis methamphetamine dan 5.06 gram dadah disyaki jenis ketamin.

Kesemua suspek serta barang rampasan di bawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan didapatu kesemua suspek positif dadah jenis ketamin. Kesemua suspek direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk siasatan lanjut pihak polis.Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *