Polis Marin rampas bahan letupan tangkap ikan

SEMPORNA, 19 Disember 2021: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah membuat pemantauan disekitar Laut Pulau Selakan, Semporna dan melakukan pemeriksaan keatas satu buah perahu pada jam lebih kurang 4 petang tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad Bin Ismail berkata semasa menghampiri perahu berkenaan dan mengenalkan diri sebagai pegawai polis, suspek bertindak melarikan diri dengan memecut perahu ke kawasan air cetek seterusnya bertindak terjun dari perahu melarikan diri ke Pulau Selakan.

Rampasan telah dibuat ke atas perahu, hasil ikan pelbagai jenis dan beberapa peralatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM8,700.00. Rampasan diserah kepada Jabatan Perikanan Semporna dan kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985.

Pasukan polis Marin Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsapp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0139391197.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *