Lagi cubaan seludup keluar minyak masak bersubsidi

SEMPORNA: Satu lagi cubaan menyeludup keluarย minyak masakย bersubsidi digagalkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan daerah ini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 pagi itu, sebanyak 646 peket minyak masak bersubsidi bernilai lebih kurang RM1,615 berjaya dirampas. 

Pengarah Zon Maritim Daerah, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, rampasan dibuat berikutan pengesanan terhadap sebuah bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan berhampiran Kampung Labuan Haji. 

โ€œSebaik sahaja menyedari kehadiran bot penguat kuasa, suspek bertindak mengemudi bot ke kawasan lebih cetek dan terjun melarikan diri ke daratan berhampiran.

โ€œPemeriksaan terhadap bot tersebut menemukan 646 peket minyak masak bersubsidi. Keseluruhan rampasan termasuk bot, enjin sangkut dan minyak masak dianggarkan bernilai lebih kurang RM11,615,โ€ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar barang tersebut tanpa cukai.

Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan penyeludupan berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan โ€˜panasโ€™ terutamanya sekitar sempadan perairan negara bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri Sabah melalui jalan laut. 

Maritim Malaysia menyeru kepada mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim untuk menyalurkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Semporna di talian 089-782619 atau MERS 999. โ€“ UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *