300 anak tempatan dilantik sebagai guru

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 300 guru tempatan anak Sabah dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai pendidik dan berkhidmat di negeri itu.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, setakat ini daripada 600 individu, 300 anak-anak tempatan yang hadir temuduga dilantik.

Menurutnya, tiada anak-anak Sabah yang menjadi guru kontrak tidak dilantik melainkan mereka mempunyai masalah dari segi integriti dan temuduga.

โ€œSaya mendapat makluman daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah berhubung isu yang dikemukakan ini. Sekata ini daripada 600 lantikan, 300 daripadanya telah dilantik.

โ€œItu yang saya dimaklumkan, tiada anak-anak Sabah yang menjadi guru kontrak tidak dilantik melainkan (mereka) ada masalah sedikit dari segi integriti dan temuduga. Saya akan kemukakan secara bertulis juga mengenai perkara ini,โ€ katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) yang ingin tahu apa langkah kerajaan untuk memastikan guru-guru anak tempatan Sabah mendapat tempat dan dilantik menjadi pendidik.

Menjawab soalan asal Fairuz Renddan (GRS-Pintasan) yang ingin tahu berapa buah sekolah yang mendapat Bantuan Aktiviti PIBG SABAH (BAGUS) dan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) bagi daerah Kota Belud Arifin berkata, kementeriannya telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk melaksanakn BAGUS menerusi bantuan โ€˜One-Offโ€™ sebanyak RM2,000.00 yang diberikan kepada 1,500 PIBG sekolah di seluruh negeri Sabah.

Manakala bagi Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) pula beliau berkata, bantuan itu akan diberikan kepada 1,500 buah sekolah di seluruh negeri yang melibatkan peruntukan sebanyak RM12.6 Juta.

Sementara itu, Arifin menjelaskan, sebanyak RM10 juta diperuntukkan kepada 5,000 pelajar golongan B40 dan M40 menerusi program Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara โ€˜one-offโ€™.

Katanya, bantuan tunai sebanyak RM2,000 diberikan kepada para pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda manakala RM1,500 bagi pelajar diploma, asasi dan matrikulasi.

-AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *