PPM Tawau berjaya halang cubaan seludup haiwan

TAWAU: Pasukan Polis Marin Tawau berjaya menghalang cubaan seludup haiwan jenis angsa dipercayai dibawa dari negara jiran Indonesia di kawasan Sungai Melayu, Tawau.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau, DSP Ridzauddin Bin Selamat mengesahkan Botronda PSC 50 PPM Tawau yang dalam tugas Op Gelora telah berjaya menahan sebuah bot di Kawasan Perairan Sungai Melayu,Tawu.

Hasil Pemeriksaan lanjut mendapati (04) ekor angsa disembunyikan di dalam 04 karung putih empat ekor Angsa tersebut dirampas kerana tiada Surat daripada Jabatan Veteriner & Bagi mencegah penyakit flu yang biasanya disebarkan oleh unggas. Kesemua angsa tersebut dirampas & anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM 1200.00.

Rampasan telah dibawa ke Pangkalan PPM Tawau dan diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Veteriner Tawau. Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Enekmen Haiwan 2015.Pasukan Polis Marin Tawau akn terus komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan semua Undang- Undang pada sebilang masa.” tambahnya lagi.

Pasukan Polis Marin menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wil.4 Sabah di nombor ‘013-9391197’ atau berhubung terus ke Bilik Gerakan PPM Tawau di talian ‘089-983628’ bagi memastikan kesalahan-kesalahan yang melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *