Petugas kurier di dakwa rogol remaja bawah umur

Oleh: Mazeenal Jamalin

KOTA KINABALU: Seorang petugas perkhidmatan kurier di dakwa di Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang remaja berusia 15 tahun 10 bulan.

Walau bagaimanapun tiada sebarang pengakuan di rekodkan daripada tertuduh, Mohammad Afiz Furqan, 21 tahun ekoran beberapa dokumen seperti laporan DNA dan laporan kimia yang belum lengkap.

Justeru Timbalan Pegawai Pendakwaraya, Nur Syafiqah Suleiman memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu tertuduh didakwa merogol mangsa sekitar bulan Jun 2020 di antara jam 7 malam hingga 9 malam bertempat di Taman Permainan, kawasan Bukit Taman Bakti Ikhlas Kalansanan, Inanam di sini.

Tuduhan itu dibaca di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat jika sabit salah.

Sumber mengatakan bahawa mangsa telah melahirkan seorang bayi lelaki.

Mahkamah menetapkan 5 April untuk sebutan semula kes berkenaan.

Sementara itu, Mohammad Afiz di benarkan ikat jamin dengan bayaran RM10,000 dengan dua orang penjamin tempatan berserta alamat tetap.

Sebagai syarat tambahan, tertuduh hendaklah melaporkan diri kepada Inspektor Vikineswaran Nair A/L Pavithran sekali dalam seminggu dan dia turut di tegah daripada menganggu mana-mana saksi pendakwaan, sekiranya syarat berkenaan gagal dipatuhi jaminan akan tarik dan tertuduh akan terus di reman di bawah Seksyen 259 Kanun Prosedur Jenayah.

Peguam Ari Nadzrah tampil sebagai peguambela Mohammad Afiz.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *