Sabah mencecah kes Covid-19 lebih 200

KOTA KINABALU : Jurucakap rasmi perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun melaporkan es harian COVID-19 di Sabah kembali melepasi angka 200 apabila merekodkan 226 kes semalam (30 Disember).

Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi 46 kes, diikuti Tuaran 37 kes, Tawau 15 kes dan tujuh daerah lain mencatat kes dua angka menyebabkan peningkatan kes di negeri ini.

Hanya 3 daerah yang mencatatkan sifar kes, manakala 14 daerah lain lagi mencatatkan kes satu angka semalam.

Masidi turut melaporkan tujuh kematian dilaporkan semalam iaitu dua di Penampang manakala masing-masing satu kes di Beaufort, Keningau, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Tambunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *