MOVAK: Sasar duduk luar bandar dalam pemberian Vaksin

Ranau: Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) mensasarkan golongan penduduk kawasan luar bandar dalam pemberian vaksin.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, ia adalah program outreach hasil kerjasama antara kementeriannya dengan Kementerian Perpaduan Negara dan CITF negeri Sabah.

Katanya, program MOVAK bermula pada 21 Jun lalu dan telah melaksanakan tujuh program outreach di Seluruh Sabah dan akan diteruskan ke daerah lain.

“Kita jangkakan akan ada lebih daripada 20 lagi program MOVAK bakal dilaksanakan di negeri ini. Program ini mensasarkan golongan penduduk di kawasan luar bandar.

“Ia juga akan menumpukan komuniti rukun tetangga (KRT) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya ketika ditemui dalam tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kampung Bongkud, Ranau bersempena program MOVAK, hari ini.

Shahelmey berkata, melalui program MOVAK di Kg Bongkud Ranau, seramai 480 orang sudah menerima vaksin lengkap dos pertama dan kedua.

Shahelmey juga berkata program outreach di negeri Sabah sudah mencapai kira-kira 30,000 penerima vaksin setakat ini.

โ€œKita difahamkan bulan ini Sabah akan menerima vaksin sebanyak 1 juta dos dan ia akan sampai secara berperingkat setiap minggu dan akan ditambah lagi pada bulan Ogos, September dan Oktober.

โ€œJadi kita menjangkakan Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) negeri ini akan mencapai imuniti kelompok menjelang November ataupun sekitar awal Disember tahun ini,โ€ katanya.

Shahelmey dalam pada itu berkata, setakat ini, program MOVAK di Kampung Bongkud sudah mencapai seramai 480 penerima vaksin sejak dilancarkan setakat ini.

Pada hari yang sama, beliau diiringi oleh Pembantu kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Abidin Madingkir turut berkesempatan mengadakan lawatan ke PPV Dewan Masyarakat Ranau, Ranau.

Untuk rekod, MOVAK adalah program inisiatif Kementerian Perpaduan Negara.

Di Sabah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang bernaung di bawah kementerian tersebut, bertanggungjawab melaksanakan MOVAK dengan kerjasama CITF negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *