300 Ribu Ringgit kepada setiap ahli Parlimen termasuk ahli Parlimen pembangkang – PM

PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk ahli Parlimen pembangkang sebagai tambahan kepada program Bantuan Bakul Makanan sedia ada di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.

“Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, saya mengambil sikap untuk mengetepikan perbezaan politik. Baik ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.

“Gunalah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan parlimen masing-masing,” katanya dalam perutusan khas pengumuman bantuan itu, hari ini.

Muhyiddin berkata, sebanyak RM10 juta juga diperuntukkan bagi tujuan melaksanakan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.

Leave a Reply

Your email address will not be published.