Pusat vaksinasi COVID-19 kini dibuka di Hospital Gleneagles

KOTA KINABALU: Vaksinasi COVID-19 kini boleh didapati di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu bermula 7 Jun 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Gleneagles KK, Dr Tan Bee Hwai dalam satu kenyataan pada hari hari berkata, pihak hospital komited untuk mengatur sumbernya bagi menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan melaksanakan vaksinasi besar-besaran serta menjaga kesihatan dan keselamatan komuniti tempatan.

Katanya, menjadi satu penghormatan kepada mereka yang menyokong program vaksinasi COVID-19 KKM. 

โ€œMarilah kita melindungi diri kita dan orang yang kita sayangi dengan mendapatkan vaksin,โ€ katanya.

Hospital Gleneagles KK adalah hospital swasta yang pertama di Sabah membuka pusat vaksinasi COVID-19.

Hospital berkenaan juga bersedia untuk memberikan suntikan vaksin kepada 500 penerima di kalangan komuniti tempatan setiap minggu.

Pusat vaksinasi akan beroperasi pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat, bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. 

Temujanji untuk vaksinasi ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi pihak hospital pada nombor 088 518888, 012 9239442 (WhatsApp sahaja) semasa waktu pejabat atau emel keย my.gkk.inquiry@parkwaypantai.com. – UTUSAN BORNEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *