OPS ATM KPDNHEP BUAT PEMERIKSAAN MENGEJUT

Beaufort |24 Jun 2022, Jumaat – Tiga pasukan Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Beaufort seramai 7 orang telah menjalankan Ops ATM, pemeriksaan pematuhan Penetapan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam serta pemeriksaan harga & bekalan barangan keperluan asas di sekitar Beaufort, Membakut dan Kuala Penyu pada hari ini. Hasil pemeriksaan mendapati peniaga-peniaga mematuhi undang-undang yang dikuat kuasakan oleh KPDNHEP khasnya penandaan harga yang jelas serta alat timbang dan sukat yang digunakan telah ditentusahkan untuk tujuan kegunaan perdagangan. Sebanyak 13 Kenyataan Pemeriksaan Premis (KPP) telah dikeluarkan ke atas premis-premis perniagaan yang telah diperiksa pada hari ini. Sebarang aduan dan pertanyaan boleh dibuat melalui :- 👉 e-aduan.kpdnhep.gov.my👉 Tel : 087 – 222240 (KPDNHEP Beaufort)👉 Whatsapp : 019-279 4317 / 019-848 8000 (Aduan Pengguna)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *