RM2000 untuk setiap pelajar cemerlang STPM 2020 Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkesempatan beramah mesra secara maya bersama para pelajar cemerlang STPM 2020 negeri Sabah dalam Majlis Ramah Mesra Ketua Menteri Bersama Pelajar Cemerlang STPM 2020 yang dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersama Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Dalam majlis tersebut, YAB Ketua Menteri Sabah mengucapkan tahniah kepada seluruh pelajar STPM kerana mampu mencapai keputusan yang cemerlang walaupun berhadapan dengan cabaran disebabkan penularan COVID-19.

“Sebagai penghargaan daripada kerajaan negeri Sabah, sebanyak RM2,000 diberikan kepada setiap pelajar cemerlang STPM 2020 bagi meringankan beban mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi kelak.

“Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri melalui Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) bagi membantu anak-anak Sabah daripada golongan B40 yang akan melanjutkan pengajian ke IPT pada tahun 2021,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published.