Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri terima kunjungan hormat dari UiTM Sabah

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy telah menerima kunjungan hormat dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah, semalam.

Rombongan kunjungan hormat yang diketuai Prof Madya Dr Abdul Kadir Rosline itu turut disertai Dr Sharifah Nurafizah Syed Annuar (Timbalan Rektor, Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni), Dr Jasmine David (Timbalan Rektor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar), Dr Abdul Aziz Lai Mohd Fikri Lai (Koordinator ICAN), dan Ahmad Ghazali Ismail (Koordinator MASMED).

Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi berkongsi beberapa cadangan untuk kerjasama dua hala, terutamanya melihat kepada peranan dan kepakaran yang boleh diketengahkan untuk kemajuan negeri Sabah.

UiTM (sebelumnya ITM) adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang terawal diwujudkan di negeri ini iaitu pada Julai 1973 dengan pembukaan cawangan pertamanya di Sembulan.

Hampir lima dekad institusi terbabit menabur bakti melahirkan modal insan di kalangan rakyat Sabah, dan dengan pengalaman yang ada sudah pasti amat signifikan untuk terus membantu kemajuan negeri ini pada masa-masa akan datang selari dengan hasrat kerajaan melalui Pelan Sabah Maju Jaya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *