Kelab Serbia pancing Saddil Ramdani daripada Sabah FC

Kelab Liga Serbia, FK Novi Pazar tiba-tiba mendapat liputan daripada media Indonesia kerana keinginan kelab tersebut untuk mendapatkan pemain import Sabah FC, Saddil Ramdani.

Kreadit Gambar : Sabah Football Club

Pihak klub FK Novi Pazar bahkan dipercayai sudah menghubungi Sabah FC, dengan mengirimkan email  untuk mendapat pelepasan mendapatkan Saddil Ramdani secepat mungkin.

Pemain sayap dari Indonesia itu dipercayai masih mempunyai kontrak bersama Sabah FC yang dikendalikan oleh Datuk Ong Kim Swee pada November 2022.

Minat untuk mendapatkan khidmat Saddil dinyatakan sendiri oleh pengurus FK Novi Pazar, Dragan Radojic.

Menurut laporan yang sama Saddil Ramdani sememangnya sudah lama dipantau oleh kelab itu, dan corak permainan pemain itu dikatakan sesuai dengan gaya permainan FK Novi Pazar.

“Ya benar saya sudah memantau Saddil Ramdani selama enam bulan, kali terakhir ketika bermain bersama Sabah FC,” kata Dragan Radojic.

“Saya sangat memerlukan pemain seperti Saddil Ramdani kerana dia memiliki teknik yang sangat bagus dan pantas.”

“Saddil Ramdani akan bermain di dalam kesebelasan utama pasukan,” kata Dragan Radojic lagi.

Walaubagaimana pun sehingga artikel ini ditulis, belum ada pengesahan dikeluarkan oleh pihak Sabah FC mengenai status Saddil Ramdani atau pun mengenai minat yang ditunjukkan oleh FK Novi Pazar.

Pemain berusia 23 tahun kelahiran Raha, Indonesia itu sudah beraksi di Liga Malaysia sejak 2019 bersama Pahang.

Sempat beraksi bersama Bhayangkara FC di Liga Indonesia selama semusim, khidmat Saddil kemudian ditagih Sabah FC ketika masih di bawah kendalian Kurniawan Dwi Yulianto.

Pemain itu terus diberikan kepercayaan oleh pengendali baharu skuad Badak, Datuk Ong Kim Swee untuk memperkuatkan pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim ini. – semuabolanya.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *