Rakyat kecewa dengan PH – Junz Wong

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin WARISAN menggesa rakyat memberi peluang kepada parti itu dan sekutunya MUDA pada pilihan raya umum akan datang.

Naib Presidennya, Datuk Junz Wong berkata, mereka boleh menawarkan kepimpinan yang dilihat kini semakin berkurangan di dalam negara inu.

โ€œRakyat Malaysia amat memerlukan harapan baharu, hala tuju baharu, pilihan baharu terutama bagi mereka yang tidak mahu mengundi Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH),โ€ katanya disiarkan FMT hari ini.

Junz bekas Menteri di Sabah, berkata rakyat Malaysia secara amnya masih mahukan perubahan tetapi tidak lagi melihat kepada PH, seperti yang ditunjukkan keputusan pilihan raya negeri di Melaka dan Sarawak, di mana PH mengalami kekalahan besar.

โ€œDi Melaka, peratusan keluar mengundi masyarakat Cina dan India berkurangan hampir 30%, malah MCA dan MIC berjaya memenangi kerusi. Di Sarawak, kita boleh lihat masyarakat Cina pun menolak DAP.

Ini menunjukkan rakyat kecewa dengan PH,โ€ katanya kepada FMT dalam temu bual baru-baru ini.

Sebagai contoh di Melaka, PH hanya berjaya memenangi lima kerusi berbanding 15 yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2018.

Sebulan kemudian, gabungan itu hampir disapu bersih di Sarawak, dengan hanya memenangi lima kerusi berbanding 15 yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2018.

Sebulan kemudian, gabungan itu hampir disapu bersih di Sarawak, dengan hanya mengekalkan dua daripada 10 kerusi yang dimenanginya dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

Junz berkata, beliau percaya negara tidak mempunyai pemimpin yang berfikiran reformasi, sederhana dan progresif serta inklusif.

โ€œKami percaya rakyat Malaysia mahukan pemimpin baharu dan kami rasa negara perlu beralih daripada Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad,โ€ katanya merujuk kepada pengerusi PH dan Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat.

Bagaimanapun WARISAN terbuka untuk bekerjasama dengan PH bagi mengelak perpecahan undi pembangkang.

Setakat ini, 85 cawangan Warisan telah ditubuhkan di Semenanjung dan parti itu akan memberi tumpuan kepada kerusi campuran pada pilihan raya umum akan datang.

Parti itu tidak melihat untuk meletakkan calon dari Sabah di Semenanjung dan juga tidak akan meletakkan calon โ€œpayung terjunโ€ dari negeri lain.

โ€œKami percaya setiap negeri mempunyai bakat yang mencukupi untuk memimpin. Saya tidak percaya mana-mana negeri mempunyai kekurangan calon pemimpin.โ€ – SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *