Perlukah gulingkan GRS di Sabah?

Kenapa bah kita perlu tukar Datuk Seri Hajiji Noor sebagai ketua Menteri? Apa keperluan menukar parti politik menerajui kerajaan negeri Sabah yang menang pada Pilihanraya negeri lepas?

Apa kegagalan kerajaan sekarang? Adakah hak Sabah terhakis dalam penjanjian Malaysia 1963 pada masa sekarang ini?  Adakah desakan rakyat atau desakan ahli politik untuk merampas mandat rakyat? Ini persoalan yang perlu dijawab oleh ahli-ahli politik yang sibuk ingin menukar kerajaan negeri Sabah dan kita sebagai rakyat Sabah.

Kenapa bah bebrapa YB ADUN perlu membuat gerakan membentuk kerajaan pintu belakang?

Sebagai anak muda agak kecewa dengan budaya politik mengulingkan satu sama lain demi kuasa. Politik bukan permainan! Tapi politik adalah soal hidup rakyat yang sedang susah. Jika gerakan ini berterusan nescaya Sabah tidak akan ada kestabilan politik.

Apabila kestabilan politik tidak dapat dicapai. Siapa bah yang mahu melabur di negeri Sabah dengan keadaan begini? Bagaimana bah mahu dilaksanakan dasar bantu rakyat dengan berkesan, jika setiap 5 tahun kita bertukar kerajaan sebanyak 2 kali?

Tahun 2023 ini ramai penganalisis ekonomi meramal dunia akan dilanda krisis ekonomi, kadar inflasi yang tinggi, kadar pengganguran boleh meningkat, kekurangan bekalan makanan, dan banyak lagi masalah lain yang bakal kita hadapi.

Negeri Sabah juga tidak terlepas daripada krisis ini. Ini yang sepatutnya difikirkan oleh kerajaan dan pembangkang bukan sibuk membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan pintu belakang.

Kepada parti politik yang kalah pada pilihanraya yang lepas itu, tolonglah tunggu bubar bertandinglah dapatkan undi daripada rakyat untuk jadi kerajaan atau Ketua Menteri, Menteri bukan dengan cara mengulingkan kerajaan daripada mandat rakyat.

Kepada ahli politik yang dalam kerajaan, fokuslah untuk bantu rakyat dan jadilah Menteri yang bertanggungjawab, berhenti berpolitik dengan usaha membuat kerajaan pintu belakang dan menjadi gunting dalam lipatan.

Rakyat sekarang risau tidak mampu hidangkan nasi dan lauk diatas meja dan patutkah ahli politik sibuk memikirkan kuasa berbanding memikirkan rakyat yang sedang susah sekarang?

Adakah kita sebagai rakyat Sabah menyokong perkara ini?

Zainald Zainuddin

Anak Sabah

*Berikut adalah pandangan peribadi penulis*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *