Sosio-ekonomi bukanlah penentu utama kecemerlangan pendidikan anak-anak – Armizan

PAPAR: Latar belakang sosio-ekonomi bukanlah penentu utama tahap kecemerlangan pendidikan anak-anak. Selain beberapa anak golongan berpendidikan tinggi seperti cikgu, rata-rata adalah anak petani, penjual ikan, pemandu lori, penjaja dan lain-lain merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), kata Pengerusi Persatuan Setiakawan Sabah Armizan Mohd Ali

Persatuan Setiakawan Sabah yang dipimpin oleh Pengerusinya Armizan Mohd Ali telah menganjurkan program berjumpa dengan para pelajar cemerlang STPM sekitar Parlimen Papar bagi menyampaikan hadiah tanda sokongan dan pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik mereka.

“Di tanah air tercinta ini, selagi ada kemahuan, disiplin, usaha dan bimbingan, kejayaan akan menjadi milik kita. Dengan izin Allah SWT!

“Tahniah kepada para ibu bapa dan guru-guru pendidik. Setinggi-tinggi tahniah buat semua pelajar cemerlang; istiqamah dalam perjalanan menimba ilmu. Insya Allah!

Di tanah air tercinta ini, selagi ada kemahuan, disiplin, usaha dan bimbingan, kejayaan akan menjadi milik kita. Dengan izin Allah SWT!,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published.