Kerajaan GRS-BN dibentuk elak bertembung PRU-15

KOTA BELUD: Pembentukan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) diharap mampu mengelak pertembungan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Walau bagaimanapun, sekiranya pertembungan tidak dapat dielakkan maka, terserah kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan berdasarkan situasi semasa.

Pengarah Strategi dan Pilihan Raya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datukย Japlin Akimย berkata, semua parti dalam GRS faham dan tahu pertembungan sesama sendiri hanya akan membawa kesan yang buruk.

โ€œSaya sedar semua parti akan cuba sedaya upaya untuk memastikan tidak berlaku pertembungan namun, jika tidak dapat dielakkan terpaksa juga hadapinya, itulah politik,โ€ katanya dalam sidang akhbar di Dewan Masyarakat Tun Said hari ini.

Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud itu berkata, gabungan antara GRS dan BN adalah satu gabungan yang baik dan kukuh bagi memastikan politik Sabah terus berada dalam keadaan yang stabil.

Pada masa ini, semua parti ingin bertanding sebanyak mana kerusi yang boleh, begitu juga Bersatu.

Namun, apabila tiba waktunya, ketua-ketua parti dan komponen GRS dan BN akan berunding dan bermesyuarat untuk menentukan kerusi yang perlu ditandingi oleh parti masing-masing.

Menurutnya, kerusi yang hendak ditandingi harus berdasarkan keupayaan dan kebolehmenangan di kawasan tersebut.

โ€œTidak ada guna kita bertanding di kawasan yang kita rasa kita tidak boleh menang. Maka, rundingan antara semua parti-parti komponen GRS dan BN perlu diadakan bagi memastikan pada akhirnya kita dapat mewujudkan politik yang stabil.

โ€œKena ingat tujuan kita adalah untuk mengalahkan parti pembangkang jadi, kita kena bekerjasama,โ€ katanya.

Jelas beliau, apabila sampai waktunya, pimpinan-pimpinan parti akan memutuskan kerusi yang sepatutnya ditandingi oleh rakan-rakan dalam gabungan GRS-BN yang kini menjadi kerajaan.

Sebelum ini, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar menyatakan pertembungan antara BN-GRS mungkin akan berlaku pada PRU15 kerana BN Sabah masih terikat dengan keputusan pimpinan di peringkat Pusat.- UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *