Mandat rakyat Sabah terus dihormati: Kekal menyokong GRS dan Hajiji – UMNO Sabah

KOTA KINABALU : Umno Sabah menyatakan terus menghormati mandat diberikan rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) dan terus kekal dan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor.sesuaikan dengan kuasa autonomi yang dimilikinya.

“Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Umno Sabah dalam PRN-16 yang lalu akan dihormati, diperkukuh dan dimatangkan.

“Oleh itu, Umno Sabah berpendirian untuk terus kekal dan menyokong GRS di bawah kepemimpinan Hajiji,” kata kenyataan itu.

“Umno Sabah menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara supaya semua pihak menghormati prinsip kedaulatan undang-undang.

“Umno Sabah berdoa dan berharap agar kemelut politik di Semenanjung dapat diselesaikan secara berhemah, harmoni dan bijaksana demi kemaslahatan negara dan rakyat,” kata kenyataan media tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published.