Gesa semua ahli STAR sabar, bertenang mengenai isu pelantikan politik

TUARAN: Ketua Penyelaras Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Parlimen Tuaran, Edward Linggu menggesa agar semua ahli parti bertenang dan sabar walaupun sedang kecewa mengenai isu pelantikan politik.

Linggu berkata beliau memahami sebab beberapa ahli STAR yang telah berjuang membantu kempen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada pilihanraya lalu tetapi tidak mendapat lantikan ke mana-mana badan berkanun negeri, Mahkamah Anak Negeri atau kepimpinan kampung seperti yang diharapkan.

โ€œBagaimanapun, marilah kita bersikap teguh dengan kesetiaan dan cuba memahami keadaan secara rasional. Ada banyak alasan mengapa pemimpin di peringkat desa telah dilantik sementara yang lainnya tidak.

“Majoriti jawatan adalah terhad dan perlu pula dikongsikan dengan parti lain, sedangkan yang mengharapkan lantikan begitu ramai. Kelayakan, kesesuaian dan senioriti juga perlu diambil kira,” katanya dalam satu kenyataan media.

Linggu yang juga merupakan Pengarah Strategik STAR mengingatkan ahli dan penyokong STAR Tuaran bahawa masih ada lebih banyak lagi objektif yang perlu dicapai termasuklah merebut kerusi Parlimen Tuaran dari pembangkang pada pilihan raya akan datang.

“Sebagai mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, saya menyedari betapa perlunya perpaduan dan kerjasama untuk kita mencapai kemenangan yang seterusnya, tanpa mengira siapa juga calon GRS.

โ€œPada masa ini STAR berada di tangga kemenangan dengan begitu ramai pemimpin kita yang dilantik dan juga presiden kita, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan di hadapan kita sebagai Timbalan Ketua Menteri dan juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

โ€œObjektif bersama GRS adalah bagi mengukuhkan pemerintahan negeri, menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan negara dalam kabinet persekutuan.โ€

Sementada itu, beliau turut menyeru kepada semua ahli STAR di seluruh Sabah untuk bersatu bersama presiden STAR yang berjuang mendapat hak dan autonomi Sabah sejak tahun 1980 an lagi.

โ€œMarilah kita mendengar nasihat presiden kita agar kita semua harus bersikap sebagai pemimpin dan anggota dalam dalam kerajaan negeri.

“Beliau juga telah menasihati kita agar meninggalkan cara lama di mana kita telah bercakap dan bertindak sebagai pembangkang,” katanya.

Linggu turut memberi jaminan bahawa perjuangan STAR akan terus bersama dengan kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan perkara seperti pelaksanaan dalam peruntukan MA63, menuntut royalti yang lebih tinggi untuk minyak dan gas serta merealisasikan 40 peratus bahagian pendapatan Sabah dan sebagainya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *