Sabah setuju tubuh Jawatankuasa Khas Pewujudan Projek Persekutuan Negeri

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Pewujudan Projek Persekutuan negeri Sabah bagi memastikan penyelarasan dan koordinasi pelaksanaan projek Persekutuan dapat dibuat dengan lebih teratur serta cepat.

Keputusan terbabit diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah yang pertama pada tahun ini, di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.

โ€œMesyuarat hari ini bersetuju untuk mewujudkan jawatankuasa khas ini yang dilihat amat baik bagi menangani atau mengurangkan kelewatan projek disiapkan di negeri ini. Projek sakit atau tamat tempoh adalah sesuatu yang amat merugikan rakyat di kawasan yang terbabit.

โ€œBentuk jawatankuasa ini nanti akan diperhalusi dan diperincikan agar ia benar-benar berkesan serta mencapai objektif penubuhannya.

โ€œSaya juga berharap pengwujudan jawatankuasa itu akan dapat mengenal pasti isu atau perkara yang menjadi halangan pada peringkat awal, sekali gus dapat diselesaikan,โ€ katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat terbabit, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor; Pengarah Pembangunan Negeri Sabah, Noor Alam Khan A Wahid Khan dan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Alan Abdul Rahim.

Mesyuarat secara maya itu turut disertai Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan Datuk Dr Joachim Gunsalam; barisan menteri Kabinet negeri serta pegawai kanan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah mahu jabatan atau agensi yang terbabit mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan dan menyiapkan semua projek yang lewat seperti pembinaan sekolah, hospital dan bekalan elektrik serta air luar bandar di negeri ini.

โ€œSaya meminta kerjasama dan koordinasi antara agensi kerajaan negeri dan Persekutuan perlu dipertingkatkan dalam usaha mempercepatkan perlaksanaan projek atau program kerajaan di Sabah,โ€ katanya.

Beliau turut meminta mana-mana projek yang lewat disiapkan daripada jadual agar dipercepatkan kerana kelewatan daล‚am melaksanakan projek yang telah diluluskan hanya merugikan rakyat dan kerajaan selain akan meningkatkan lagi kos.

Dalam pada itu, Hajiji meminta jawatankuasa MTPNg memastikan peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan dapat dibelanjakan sebaiknya untuk pembangunan di negeri ini.

โ€œKIta mahu peruntukan dapat dibelanjakan sepenuhnya bagi memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat. Kita tidak mahu timbul isu peruntukan terpaksa dikembalikan kepada Pusat kerana tidak dapat dibelanjakan,โ€ katanya.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *