YB Lo Tawau: Aircond untuk wad bersalin

TAWAU: Kakitangan dan pengguna Hospital Besar Tawau menzahirkan perhargaan terima kasih kepada Yang Berhormat (YB) Tuan Lo So Fui merangkap Ahli Parlimen Tawau diatas sumbangan penghawa dingin dan penapis air melalui Pejabat Parlimen Tawau kepada Hospital Besar Tawau.

Sebanyak 15 unit penghawa dingin dipasang dibeberapa tempat di hospital Besar Tawau antaranya di wad menunggu bersalin, bersalin, selepas bersalin, beberapa bilik jururawat dan beberapa tempat lain. Manakala sebanyak 16 unit penapis air Coway dipasang melibatkan tempat menunggu giliran mengambil ubat, rawatan, dan beberapa wad.

โ€œTerima kasih YB Lo Su Fui atas sumbangan ikhlas Anda kepada Hospital Tawau, kasih sayang dan perhatian Anda terhadap rakyat. โ€œSaya sangat berterima kasih kepada YB Lo Su Fui atas sumbangan dermawan penapis air dalaman Coway kepada kakitangan perubatan Hospital Tawau, pesakit, dan keluarga dapat menggunakannya. Semua orang boleh minum dengan selamat dan sihat. Sumbangan berharga ini akan menyediakan air bersih kepada kakitangan perubatan, pesakit yang sakit, dan keluarga lain, membantu kakitangan perubatan mengurangkan bebanan penyiraman harian, kata Siau Ting Thien

โ€œBukan sahaja air minum, Aircond pun banyak dia pasang dia wad ibu2, tidak sudah aq bekeringat tahan sakit mahu beranak, kata Mariani Majid

โ€œIni yg kita mau, di hospital ada air bersih yg boleh di minum … YB yg kita cari bha ni di TAWAU, kemudahan yg memudahkan orang awam . Terima kasih YB Lo Su Fui , boleh ka tukar alamat tempat mengundi ni.. Jum la ramaiยฒ tukar tempat undiย  . jika mau jadi pemimpin yg berjiwa rakyat tidak memandang kawasan semua dia tolong , nda kira di dalam tu warganegara ka pendatang asing semua di bantu . ADA SIFAT KEMANUSIAAN memang betulยฒ berjiwa rakyat, kata, Juana Mussrin dalam status Fb.

“Dalam banyak-banyak YB Parlimen di seluruh Sabah, YB lo Parlimen Tawau yang paling terbaik kerana cakap serupa bikin dan betul-betul menunaikan janji dengan perbuatan memberi sumbangan aircon kepada hospital besar tawau khususnya wad selepas bersalin, yang dulu semasa saya melahirkan anak pertama tiada aircon sekarang sudah ada, terima kasih YB Loh, kata Ana yang merupakan salah seorang pengguna Hospital Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *