‘Tiada bantahan bentang RUU anti lompat parti di DUN Sabah’

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiada bantahan terhadap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Masidi Manjun.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, pemimpin parti komponen GRS perlu membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut dan yakin pembentangan RUU itu di DUN Sabah boleh direalisasikan.

Katanya, RUU itu mampu mewujudkan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan sesuatu yang baik untuk politik Sabah.

“Persoalannya ialah bila, adakah kita perlu mengadakan sidang khas untuk membahaskan RUU itu atau mungkin kita ingin pertimbang kelulusannya ketika sesi belanjawan yang dijadualkan sama ada pada November atau Disember ini.

“Bagaimanapun, saya tidak begitu pasti kerana saya bukan Speaker (DUN Sabah), saya tidak boleh memutuskan agenda mana yang perlu diputuskan (pada sidang DUN), namun apa yang ingin saya katakan ialah kami tiada bantahan terhadap pembentangan RUU itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri dan pelancaran Bulan Kebangsaan serta kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Padang Merdeka di sini yang dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Khamis lalu, RUU Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 bagi mewujudkan larangan Ahli Parlimen bertukar parti menerima sokongan lebih dua pertiga dengan 209 daripada 220 Ahli Dewan Rakyat menyokong.

Pada hari sama, Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata adalah penting bagi DUN Sabah dan Sarawak segera membentangkan undang-undang anti lompat parti kerana pindaan itu tidak terpakai kepada kedua-dua DUN.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau dimaklumkan bahawa Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan meminda perlembagaan masing-masing bagi membolehkan pindaan itu dikuatkuasakan di peringkat negeri. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.