Ketua ARMADA Sabah gesa semua pihak patuhi SOP dan kawalan kendiri di pusat pemindahan banjir

BEAUFORT: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU Sabah, Fairuz Renddan menggesa semua yang berada di pusat pemindahan mangsa banjir untuk sentiasa mematuhi standard operasi piawaian (SOP) dan mengutamakan kawalan kendiri.

Katanya, negeri Sabah masih mencatatkan angka pesakit yang dijangkiti COVID19 masih tinggi dan usaha untuk membendung penularan wabak itu perlu diteruskan.

“Kita kena sentiasa amalkan semua yang dikehendaki, seperti mana norma baharu kerana COVID19 masih berada dalam masyarakat kita.

“Saya amat berharap agar semua petugas di pusat pemindahan banjir, petugas barisan hadapan dan juga mangsa-mangsa yang berada di pusat pemindahan banjir sentiasa beringat dan menjaga keselamatan dan kebersihan diri serta keluarga kerana inilah usaha kita untuk membendung wabak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas melawat mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Pa’Musa, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Fairuz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan berkata musibah bencana alam seperti banjir, adalah ujian berat yang diberikan untuk semua terus bersama satu hati dan cekal.

Terdahulu, Fairuz turut mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey melawat mangsa banjir di pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir di sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Arifin Mohd Arif, Ahli Parlimen Beaufort l, Datuk Azizah Mohd Dun, ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Juri, ADUN Lumadan, Ruslan Muharam dan Ketua BERSATU Bahagian Sipitang, Datuk Matbali Musah.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *