Terperangkap dalam kawasan dalam sebelum dihanyutkan ombak
PUTATAN: Salah seorang mangsa yang terselamat Abdul Razak Amit Salleh, 13 mendakwa mereka terperangkap di kawasan air laut sebelum dihanyutkan ombak dalam kejadian empat individu lemas di Pantai Gorongon berhampiran Kampung Contoh di sini.
โKami sebenarnya mahu pulang ketika itu namun tiba-tiba terperangkap di kawasan air laut dalam sehingga menghanyutkan kami semua”
โSaya bernasib baik kerana ada seorang lelaki menaiki perahu melalui tempat kejadian ketika itu sebelum kami dibawa ke tempat selamat,โ katanya.
Beliau bagaimanapun berkata lelaki yang menaiki perahu itu kemudiannya cuba kembali ke tempat mereka dihanyutkan untuk mencari dua kakak, adik dan abang ipar yang hilang bagaimanapun tidak berjaya.
Tambahnya abang iparnya iaitu Galang turut dihanyutkan ketika cuba menyelamatkan dua kakaknya.
Ayah kepada mangsa Amit Salleh Yusof, 61 berkata beliau mengetahui kejadian ini selepas selesai bersembahyang magrib apabila isterinya menghubungi beliau untuk memaklumkan perkara ini.
โIsteri saya menelefon saya memaklumkan anak saya lemas bersama ipar mereka semasa mandi di kawasan laut bagaimanapun lima daripada mereka terselamat.
โSebaik mendapat berita ini saya bergegas balik dan segera ke kawasan pantai untuk bersama-sama saudara serta pasukan keselamatan yang sedang melaksanakan operasi SAR,โ katanya.
Beliau berkata kesemua mangsa sebelum ini agak kerap menjalankan aktiviti mandi manda di kawasan laut terbabit bagaimanapun beliau akur apabila ajal dan maut adalah ketentuan tuhan.
Sementara itu Kakak Ipar kepada mangsa Norminah, 37 berkata mangsa sebelum ini tinggal di Inanam dan mereka pergi ke Petagas kerana tidak dapat kembali berikutan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
โMereka (mangsa) gembira tinggal di Kampung Gorongon kerana ramai sanak saudara lain yang ada di sini.
โTidak sangka pertemuan kami beberapa hari lalu adalah pertemuan terakhir kami dan saya sangat sedih berikutan hubungan saya dengan mangsa agak rapat,โ katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, operasi SAR dilaksanakan seramai 10 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang serta enam Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dari Kota Kinabalu.
“Kita menjalankan operasi SAR menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dan kaedah bot tidak dapat digunakan berikutan paras air yang surut tambahan pula pencarian di permukaan memudahkan opearsi pada waktu malam.
“Mangsa pertama ditemukan jam 8.20 malam diikuti mangsa kedua ditemukan 25 minit kemudian manakala mangsa ketiga lima minit kemudian dan mangsa terakhir ditemukan jam 9.35 malam iaitu masing-masing ditemukan pada jarak 50 meter,” katanya.
Menurutnya semua mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi keseluruhan ditamatkan jam 9.45 malam.