Tandek perlukan bank: Hendrus

Oleh: Ranya Saai

KOTA MARUDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding merayu agar kemudahan bank disediakan dan diwujudkan demi kemudahan penduduk, di sini.

Katanya, walaupun sudah memasuki tahun 2021 namun Tandek masih ketinggalan kerana tidak mempunyai kemudahan bank.

“Ini menjadikan Tandek kelihatan ketinggalan berbanding kawasan lain selain menyukarkan kehidupan penduduk di mana mereka terpaksa ke Kota Marudu dan Kudat untuk urusan perbankan,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam pada itu beliau juga berharap, lawatan kerja Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor ke pekan Tandek hari ini mampu membawa sinar kerana beliau turut meninjau lokasi cadangan dan tapak menempatkan mesin mengeluar wang automatik (ATM) di Tandek.

โ€œSaya amat berharap agar kemudahan bank dapat diwujudkan di pekan Tandek bertujuan mengurangkan kesesakan orang ramai terutamanya di masa pandemik COVID19 ini yang mana kerajaan amat menekankan penjarakan fizikal,โ€ kata Hendrus.

Hendrus yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berharap bank-bank seperti Bank Alliance dan Bank Pertanian dapat menyediakan mesin ATM mereka di pekan Tandek untuk kemudahan rakyat.

โ€œSaya telah menghantar surat permohonan kepada bank-bank berkenaan untuk tindakan susulan.

โ€œTambahan pula apa yang paling menyedihkan saya ialah apabila tibanya hari pembayaran gaji atau bantuan kerajaan, ada antara penduduk Tandek terpaksa bermalam di sekitar bank untuk menunggu giliran pada hari esoknya.

“Sehinggakan ada yang terpaksa ke daerah Kudat untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan.

โ€œDengan adanya perkhidmatan bank, sekurang-kurangnya mesin ATM ia dapat menyuntik elemen kemajuan dan menceriakan pekan ini yang sepi dan suram. Secara tidak langsung juga akan dapat menguatkan ekonomi pekan Tandek,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *