Kerajaan digesa naik taraf pelbagai kemudahan asas di Telupid

TELUPID: Kerajaan digesa agar beberapa kemudahan asas dapat dinaik taraf dengan kadar segera bagi kegunaan rakyat di daerah Telupid.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone J Kurum berkata, dalam satu tinjauan diadakan di Mukim Nangoh Telupid, pihaknya menerima pelbagai aduan daripada penduduk untuk diambil perhatian.

“Antara masalah utama di kawasan ini ialah jalan raya Nangoh Maliau sepanjang 16 kilometer yang merupakan satu-satunya jalan perhubungan utama yang menghubungkan kampung-kampung lain dengan pekan Telupid sangat memerlukan pembinaan jambatan di Sungai Matau Patau dan Sungai Paliu.

“Hal ini kerana Sungai Matau Patau dan Sungai Paliu sering kali dinaiki air dan mengakibatan jalan perhubungan kampung ke kampung terputus,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini

Beliau juga turut menambah masalah berkenaan sudah berlanjutan sejak sekian lama namun sehingga kini masih belum ada jalan penyelesaian dari pihak berwajib.

Keadaan terbabit menyukarkan penduduk tempatan untuk memasarkan hasil pertanian, pelajar sukar ke sekolah dan juga kemalangan yang sering berlaku akibat ‘level cross’ di Sungai Matau Patau.

Dalam pada itu, Jonnybone turut memohon memohon agar jabatan berkaitan dapat memberikan bantuan bagi meringankan beban mereka berikutan ketiadaan pusat dialisis di Telupid.

Selain itu katanya, penduduk di tiga buah kampung seperti Kampung Sinaputan, Kampung Rumidi Baru dan Kampung Pinunakan masih belum dapat menikmati bekelan air bersih serta hanya bergantung dengan air hujan dan air sungai untuk keperluan harian.

Katanya, masyarakat di tiga buah kampung berkenaan memohon agar kerajaan agar dapat membantu menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi sejak sekian lama selain masalah telekomunikasi.

“Selain itu, masyarakat di kawasan ini juga menyuarakan masalah di mana menara telekomunikasi yang sedia ada hanya mampu memberikan kemudahan perkhidmatan pesanan ringkas dan panggilan telefon sahaja.

“Justeru itu, mereka memohon agar pihak kerajaan menaik taraf rangkaian internet 4G melalui program JENDELA yang diumumkan oleh kerajaan agar kemudahan internet kawasan ini boleh berfungsi dengan baik.

“Ia penting supaya murid dan pelajar dapat mengakses pembelajaran secara atas talian dari rumah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *