RM500,000 diselaraskan Majlis Belia Sabah menerusi Bantuan Sabah Prihatin 3.0

KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor meninjau langsung pergerakan program Dapur Belia 4.0 di Arena Belia Kepayan dalam membuat agihan bantuan berupa bakul makanan, pek tenaga untuk barisan hadapan dan pendidikan mengikut keperluan dan kesesuaian lokasi gerakan.

Ketua Menteri juga berkesempatan bersama sukarelawan belia MBS, menyediakan bakul bungkusan Dapur Belia 4.0. Program Dapur Belia 4.0 yang bertemakan โ€œDaripada belia untuk semuaโ€ ini dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan diselaraskan oleh Majlis Belia Sabah dengan peruntukkan RM500,000 menerusi Bantuan Sabah Prihatin 3.0.

Beliau berkata โ€œDaripada Belia Untuk Semuaโ€ adalah satu inisiatif Majlis Belia Sabah (MBS) melalui Program Dapur Belia yang kini telah berlangsung dalam siri keempat (4.0).

Ini merupakan usaha Majlis Belia Sabah dalam membantu kerajaan negeri untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang terjejas sepanjang tempoh pandemik covid-19.

Secara tidak langsung dapat menggiatkan aktiviti kesukarelawan dalam kalangan belia Sabah bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas dalam tempoh PKP ini.

โ€ Turut hadir YB Datuk Ellron Alfred Angin (Menteri Belia dan Sukan Sabah) YB Andi Muhammad Suryady Bin Bandy (Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah) Tuan Hj Mohd Yusri Abdullah (Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah), Dr Mohd Ali Hindia (Pengarah PERKESO Sabah), Saudara Ahmad Farid Sainuri (Presiden MBS), Tuan Mohd Asneh Mohd Nor (Pengarah MSN Sabah), Tuan Terence Pudin (Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah) dan Saudara Mazlan Joehari Manan (Pengerusi Tetap MBS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *