Menteri Di Jabatan Perdana Menteri adakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr Joachim Gunsalam, hari ini.

Kunjungan hormat terbabit yang dilakukan bertempat di Wisma Kewangan itu turut disertai oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Christopher Mandut, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian serta timbalan, Thomas Logijin dan Tseu Kei Yue, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Invest Berhad, Datuk Madiyem Layapan dan pegawai lain.

Dalam kunjungan hormat terbabit, Joachim memberikan taklimat mengenai fungsi dan aktiviti di bawah Kementeriannya, termasuk Taman Perindustrian Sabah (KKIP), Kelompokan Industri Minyak Sawit (POIC), Taman Industri Gas dan Minyak Sawit Sipitang (SOGIP), Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan (DIDR) dan Sabah Invest Berhad yang baru ditubuhkan selain perkara berkaitan keusahawanan.

Beliau berharap Maximus akan memberikan sokongan padu kementeriannya dalam usaha mendapat lebih peruntukan dari kerajaan Persekutuan terutamanya dalam usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur (jalan raya, elektrik dan air) di tiga Taman Perindustrian di Sabah.

Sementara itu, Maximus berkata pihaknya akan meneliti mengenai perkara terbabit dengan lebih terperinci di samping membincangkan isu berbangkit secara lanjut.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *