Segerakan Sidang DUN: Mandela mempersoal keikhlasan Darell
KOTA KINABALU: Ceasar Mandela Malakun (gambar) Ketua ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), mempersoalkan motif sebenar Parti Warisan dan pembangkang di negeri ini kerana mahu Dewan Undangan Negeri(DUN) segera bersidang.
Mandela berkata, dalam kenyataan yang dibuat oleh Datuk Darell Leiking Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), dilihat sebagai retorik politik .
“Tidak ada niat ikhlas dari pihak Warisan untuk bersatu sedangkan selama ini mereka bertindak seolah-olah semua parti politik lain di sini tidak mempunyai kepentingan di dalam negeri.
” Apa yang mereka mahukan adalah mengaburi mata rakyat Sabah dengan menyebarkan retorik dan propaganda untuk kepentingan diri mereka sendiri,”katanya.
Mandela berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Baru-baru ini, Darell yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog mengeluarkan satu kenyataan meminta supaya persidangan DUN Sabah disegerakan bagi membincangkan bukan sahaja mengenai pembekalan vaksin dan juga bakul makanan, bahkan isu-isu berlainan seperti Akta Wilayah Laut 2012 (TSA).