50 daripada 253 kes Covid-19 adalah kanak-kanak

KOTA KINABALU : Jurucakap rasmi perkembangan harian Covid-19 negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun memberitahu sebanyak 253 kes semalam (11 Januari) dilaporkan dan melibatkan individu kanak – kanak berusia di bawah 12 tahun.

Diharapkan peningkatan kes Covid-19 di Sabah tidak berpunca daripada sambutan Tahun Baru baru-baru ini di mana orang ramai mungkin mengabaikan prosedur operasi standard (SOP).

“Jika acara perayaan sempena Tahun Baharu menjadi punca peningkatan kes, tidak mustahil kita akan melihat jumlah kes harian yang lebih tinggi pada perayaan Tahun Baharu Cina akan datang,” katanya.

Masidi juga melahirkan kebimbangan mengenai peningkatan kes dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang menyumbang kepadad 50 daripada 253 kes, atau 19.76 peratus kes semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.