Kumpulan Sawit Kinabalu sambut ulang tahun ke-25

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian Kumpulan Sawit Kinabalu sempena majlis ulang tahun yang ke 25 tahun dalam menunjukkan prestasi yang baik dalam sektor perniagaan dan dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kata Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah dalam majlis sambutan tersebut.

“Syarikat ini telah menyantuni segenap lapisan masyarakat di hampir seluruh Sabah melalui pelbagai saluran bantuan terutamanya dari segi bantuan kewangan.

“Selain itu, saya difahamkan oleh Datuk Pengarah Urusan bahawa Kumpulan Sawit Kinabalu telah mula melebarkan sayapnya dalam mempelbagaikan kegiatan perniagaan ke arah industri lain seperti pembangunan hartanah, cash crop, penternakan lembu pedaging serta burung walit supaya kekal relevan sebagai sebuah โ€œinvestment arm of the state governmentโ€.

“Hari ini kita telah menyaksikan Kumpulan Sawit Kinabalu menandatangani tiga (3) Memorandum Persefahaman untuk bekerjasama dengan tiga (3) organisasi yang berlatar belakangkan pendidikan dan pengeluaran gula dari tandan kosong buah sawit iaitu pertama antara Sawit Kinabalu Encotech (Subsidiary Company) dan All Cosmos Industries Sdn Bhd, kedua antara Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan yang ketiga antara Sawit Kinabalu Sdn Bhd dengan IIPM Sabah Regional Chapter.

“Kumpulan Sawit Kinabalu berjaya mencatat keuntungan sebelum cukai yang tertinggi dalam sejarah sejumlah lebih daripada RM320 juta pada tahun ini berbanding unjuran sebanyak RM131 juta.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi terima kasih atas Anugerah Felo Kehormat International Institute of Plantation Management (IIPM) yang diberikan kepada saya. Anugerah ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi IIPM, Datuk Hj Daud Hj Amatzin.

“Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada Kumpulan Sawit khususnya kakitangan dan barisan pengurusan dan selamat menyambut ulang tahun yang ke-25,” kata hajiji dalam status laman muka buku rasmi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *