Projek Naik Taraf Jalan Raya Berungis, Tuaran diluluskan

KOTA KINABALU: Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengumumkan bahawa Projek Naiktaraf Jalan Berungis telah diluluskan dalam majlis penyerahan projek di Menara Kinabalu hari ini.

“Sukacita ingin saya kongsikan bahawa Projek Naik Taraf Jalan Raya Berungis, Tuaran telah diluluskan di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12. Saya sendiri telah menyuarakan dan mengangkat cadangan projek ini, melihat kepada keperluan mengatasi masalah kesesakan di kawasan tersebut,

“Dengan kos RM15 juta, projek menaik taraf akan melibatkan jalan sepanjang 4.09 kilometer daripada Bulatan Berungis sehingga ke Persimpangan Marabahai Spurs. Projek ini dijangkakan akan bermula tahun hadapan dan siap sepenuhnya dalam masa 36 bulan,” Kata hajiji

Dalam majlis yang sama, saya juga telah menyaksikan Upacara Penyerahan Projek Loji Rawatan Air Tanjung Labian, Lahad Datu. Projek yang bernilai RM18.3 juta ini mempunyai kapasiti 4 juta liter sehari memanfaatkan lebih kurang 800 buah keluarga di 6 buah kampung di Lahad Datu.

Datuk Seri Haji Hajiji menyaksikan penyerahan surat projek berkenaan yang disampaikan oleh Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya Malaysia kepada Datuk Mohd Jasmin Bin Julpin, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah di Menara Kinabalu hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.