Kerajaan negeri rangka pelan pembangunan strategik

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah merangka pelan pembangunan strategik lima tahun sebagai langkah untuk merancakkan ekonomi serta meningkatkan kebajikan rakyat di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata pelan yang telah dirangka khusus untuk rakyat Sabah itu adalah bersifat realistik dan menyeluruh.

“Pelan pembangunan yang bertemakan ‘Sabah Maju Jaya’ yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan mengambil kira pandangan serta input daripada pihak berkepentingan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini selepas mendengar taklimat pelan pembangunan strategik Sabah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.

Turut hadir dalam sesi taklimat itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong, Ketua Pengarah JPAN, Datuk Rosmadi Sulai dan semua setiausaha tetap kementerian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *