Sabah mencatatkan 3224 kes hari ini

KOTA KINABALU : Sabah telah mencatatkan kes melebihi 3,000 kes jangkitan selama dua hari berturut-turut termasuk kes hari ini iaitu sebanyak 3,224 kes jangkitan Covid-19.

Sebanyak 2,098 kes jangkitan itu merupakan kes daripada kategori kontak rapat, 1 kes merupakan kes import dan selebihnya adalah dalam kategori lain-lain.

Daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 23 kes kematian dilaporkan di negeri itu dan menyumbang kepada jumlah kes kematian akibat Covid-19 hari ini yang berjumlah 265 kes.

Malaysia secara keseluruhannya merekodkan sebanyak 22,642 kes jangkitan Covid-19 pada 25 Ogos 2021 dengan kumulatif kes sebanyak 1,616,244 kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published.