JAPEN Sabah kolaborasi bersama kerajaan negeri landaikan keluk penularan wabak COVID-19

TELUPID: Jabatan Penerangan (Japen) Sabah berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri dalam usaha melandaikan keluk penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Pengarahnya, Norzawiyah Bulka berkata
salah satu daripada peranan terbesar jabatan itu ialah hebahan secara terus kepada masyarakat mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) mendepani wabak COVID-19 di seluruh daerah di Sabah melalui Unit Bergerak JaPen.

“Aktiviti utama yang kita lakukan ialah hebahan atau Info On Wheels (IOW)  yang dilaksanakan di seluruh daerah di Sabah pada setiap hari.

“Tujuan hebahan ini adalah untuk memberi maklumat tentang langkah pencegahan wabak COVID-19 serta mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada dengan pandemik ini.

“Selain itu, kita juga membuat seruan kepada masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP dan amalan norma baharu dalam kehidupan,” ujar beliau.

Tambah Norzawiyah, hebahan IOW berkaitan Covid-19 telah dijalankan oleh JaPen Sabah sejak awal tahun lepas meliputi 25 buah daerah di negeri ini.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan penyerahan bangunan Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Telupid kepada Pegawai Penerangan Daerah, Jaimis Kunjan di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Kewangan, Patrick Liang Ngau dan Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan.

Pejabat Penerangan yang sebelum ini beroperasi di Tapak Tamu Pekan Tongod sejak tahun 2016, kini berpindah ke Pekan Telupid yang turut menempatkan beberapa lagi pejabat kerajaan negeri dan persekutuan.

Perpindahan PPD Tongod ke daerah Telupid adalah selaras dengan perkembangan semasa dan kemudahan infratruktur selain keselesaan bekerja kepada anggota jabatan di daerah berkenaan. — sumber Jabatan Penerangan Sabah

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *