Hajiji: Terima Kasih Jabatan Bomba Negeri Sabah

KOTA KINABALU: Satu sesi pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor bersama YS PKPjB Abdul Razak Muda Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah hari ini di Menara Kinabalu telah diadakan.

“Pertemuan ini memberi ruang untuk kami membincangkan secara terperinci mengenai isu-isu melibatkan pengurusan keselamatan negeri Sabah.

“Saya turut diberi taklimat mengenai usaha-usaha yang telah dan bakal dilaksanakan oleh agensi ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah di atas komitmen dan kerjasama berterusan khususnya dalam pengurusan bencana alam dan krisis pandemik COVID-19.

“Saya harap pertemuan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala di antara Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah dalam menjamin keselamatan negeri dan rakyat Sabah,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *